Mengapa Anda Harus Menikmati Dim Sum Halal di Avenue K

Sekiranya anda berada di sekitar Kuala Lumpur ataupun merancang untuk mengunjungi wilayah ini, apa kata anda mengunjungi Avenue K pula untuk menjamu selera bagi mengembalikan tenaga anda sebelum meneruskan kembali aktiviti seharian anda yang seterusnya. Dalam banyak-banyak jenis masakan yang terdapat di pusat membeli-belah ini, saya mengesyorkan kepada anda supaya mencuba masakan dim sum. Dan sememangnya terdapat juga dim sum di Avenue K.

Mengapa anda harus menikmati dim sum halal di Avenue K ini?   

 

  1. Restoran Mesra Muslim

Pertamanya, sebab utama kenapa anda perlu mencuba hidangan dim sum di Avenue K adalah kerana Hj Sharin Low Dim Sum mementingkan halal haram dalam penyediaan hidangan mereka. Restoran ini dinamakan Hj Sharin Low Dim Sum dan ianya baru sahaja dibuka pada tahun 2019 ini. Namun, restoran dim sum halal Avenue K bukanlah restoran pertama jenama ini. Hj Sharin Low adalah sebuah jenama rangkaian restoran yang membawakan pengaruh gaya masakan Selatan China dan sudah tertubuh bertahun-tahun lamanya dengan mempunyai lebih daripada berbelas-belas cawangan di seluruh Malaysia.

 

  1. Reka Bentuk Premis Yang Menarik

Sesuai untuk penggemar media sosial! Apa sahaja gaya anda, gambar anda pasti terlihat lebih sofistikated untuk dimuat naik ke profil masing-masing dengan pencahayaan buatan dan pencahayaan semula jadi yang cantik serta hiasan dinding yang menarik. Reka bentuk dalamannya kelihatan mewah, seperti restoran bertaraf 5 bintang walaupun ia sebenarnya bertempat di medan selera. Namun, ianya tidak sama seperti kebanyakan medan selera di pusat membeli-belah yang lain yang biasanya dihias ala kadar, sekadar dapat berfungsi sebagai tempat makan.

 

  1. Tempat Makan Tengah Hari Pilihan Pekerja Pejabat

Avenue K terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur di Jalan Ampang. Ianya sangat berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas yang masih memegang rekod sebagai menara berkembar tertinggi dunia sudah lebih daripada 20 tahun dan menjadi perkampungan buat beribu-ribu pekerja daripada pelbagai syarikat dan beribu-ribu pengunjung. Avenue K adalah antara pilihan tempat makan tengah hari utama bagi pekerja setempat yang ingin lari daripada kesesakan di tempat-tempat makan di sekitar tempat kerja masing-masing.

 

  1. Makanan Yang Ringkas Tetapi Memadai

Dim Sum walaupun asalnya adalah seperti kuih-muih untuk sarapan pagi bagi masyarakat Melayu kita, namun pelbagai variasi yang lebih menyihatkan telah tercipta membuatkannya juga sesuai sebagai makanan hidangan lengkap untuk sarapan mahupun makan tengah hari ataupun makan malam. Menjadikannya menu yang tepat untuk perjumpaan dengan klien, iaitu ianya ringkas dan tidak mengganggu tumpuan perbincangan dan yang paling penting mengenyangkan.

  1. Kemudahan Pengangkutan Awam

Di bahagian paling bawah pusat membeli-belah Avenue K ini terletaknya sebuah stesen LRT KLCC. Iaitu di aras C. Kemudahan pengangkutan awam seperti ini mestilah makin menjadikannya lebih mudah untuk bukan sahaja pekerja pejabat di situ untuk ke sana, malahan buat mana-mana pelancong untuk ke sana bagi mengalas perut dahulu dengan menikmati dim sum halal tersebut sebelum meneruskan kembali aktiviti pelancongan mereka.

 

  1. Dikelilingi Banyak Tempat Menarik

Alang-alang anda ke Avenue K untuk menikmati dim sum halal, anda juga bolehlah meluangkan masa ke tempat-tempat menarik di sekitar kawasan itu seperti Tasik Simfoni yang mempunyai air pancut berirama di Taman KLCC. Ataupun dengan menaiki teksi atau perkhidmatan sewa kereta lain daripada Avenue K itu, anda boleh ke banyak tempat menarik lain di Kuala Lumpur, cuma dalam masa beberapa minit sahaja seperti ke Taman Burung Kuala Lumpur atau Dataran Merdeka.

Share

© 2019 Hj Sharin Low Dim Sum. All Rights Reserved