Dim Sum Halal Kuala Lumpur: Jenis-jenis Dim Sum Halal

Khas buat anda yang berada di Kuala Lumpur, apakah yang perlu anda tahu tentang Dim Sum Halal Kuala Lumpur? Suasana di Malaysia yang berbilang kaum telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya antara Melayu, Cina, India dan suku-suku kaum kecil lain lagi yang saling harmoni dan toleransi serta saling tertarik antara satu sama lain. Dengan sekitar 20% daripada jumlah penduduk adalah kaum Cina, ia telah menyebabkan banyak pengaruh budaya Cina dalam majoriti kehidupan rakyat Malaysia. Maka, dengan itu tercetuslah Dim Sum Halal.

Mari kita lihat antara beberapa hidangan Dim Sum Halal yang sedar tak sedar, kita sendiri telah pun menikmatinya sejak dahulu lagi.


1. Ladu atau Gao

Apabila sebut sahaja tentang Dim Sum, imej pertama yang mungkin terpampang di fikiran ramai orang mungkin adalah masakan yang dihidangkan di dalam bekas pengukus buluh. Kebanyakan yang dihidang sebegitu adalah Dim Sum daripada jenis ladu. Ladu atau Gao terdiri daripada bahagian kulit dan inti. Kulit bagi kebanyakan ladu Cina diperbuat daripada tepung beras dan ianya adalah lutsinar bagi meningkatkan lagi visual makanan tersebut dan juga kerana sememangnya tepung beras mempunyai rasanya yang tersendiri berbeza dengan tepung lain. Manakala inti adalah pelbagai. Ada yang berintikan udang yang dipanggil Har Gao.

Yang viral baru-baru ini di Malaysia dan Dim Sum Halal yang banyak dijual di Kuala Lumpur khasnya, secara segera atau sejuk beku adalah Siew Mai. Bagi memenuhi keperluan konsumer Muslim, ianya telah digantikan dengan inti yang Halal dan pelbagai seperti ayam, makanan laut, cendawan, lada hitam dan telur masin.

2. Kuih Gulung

Jenis ini banyak yang telah berada dalam pasaran Malaysia tanpa mengira kaum. Contohnya, dalam masyarakat Melayu kita adalah jenis kuih Popia. Tidak dapat dipastikan sama ada Popia itu adalah hidangan autentik masyarakat Melayu ataupun inspirasi daripada Dim Sum Cina juga, ataupun sebaliknya. Sebenarnya, ada banyak lagi hidangan lain yang juga mengalami krisis identiti seperti ini. Kuih gulung yang seiras dengan Popia ini dipanggil Chunjuan.

Selain itu, yang agak popular ketika ini adalah Cheungfan. Iaitu lapisan nipis tepung beras yang diisikan dengan inti udang atau daging dan digulungkan. Tekstur tepung beras itu sangat lembut menjadi seperti mee kuey teow dan kemudian dicicah dengan sos kicap soya manis. Di Malaysia, ada hidangan yang agak serupa iaitu Laksam Terengganu. Tetapi tepungnya lebih tebal dan kuahnya adalah santan yang dimasak bersama isi ikan.


3. Ban atau Pau

Pau telah lama dimelayukan di Malaysia ini. Boleh dikatakan, Pau adalah antara Dim Sum Halal Kuala Lumpur yang paling popular di kalangan warga Kuala Lumpur tidak kira Melayu atau Cina. Kini ada pelbagai jenis variasi Pau seperti inti kari daging kentang, sardin, kaya, kacang merah dan sambal ikan bilis. Ia biasanya dikukus. Namun, kini ada juga versi digoreng.

4. Manisan

Ada banyak Dim Sum jenis manisan atau pencuci mulut. Salah satu yang mungkin kita terbiasa adalah tat telur yang menjadi juadah yang sering dijual di sekitar pasar-pasar. Ia adalah pastri tat biasa yang diisi dengan kastard telur yang manis. Tauhu lembut juga merupakan satu contoh Dim Sum manisan yang digemari ramai orang di Malaysia. Ia biasanya dijual dengan dicampurkan dengan gula putih ataupun gula melaka yang dicairkan.

Kini anda sudah tahu jenis-jenis Dim Sum Halal Kuala Lumpur yang di minati warga Kuala Lumpur, boleh lah anda mula mencari Dim Sum Halal ini yang berdekatan dengan anda. Anda juga kini boleh menikmati Dim Sum Halal yang autentik di Restoran Hj Sharin Low yang terletak di Avenue K Shopping Mall (bersebelahan dengan KLCC).


References:

1. https://en.wikipedia.org/wiki/Dim_sum#Dishes
2. https://www.muslim2china.com/blog/Halal-Dim-Sums-at-Guangzhou-Wuyang-Huimin-Restaurant-3087.html

Share

© 2019 Hj Sharin Low Dim Sum. All Rights Reserved